My photo
Ditubuhkan pada 1992. Km9, Jalan Muar, Bagan, 83000 Batu Pahat, Johor. GPS: N 01" 50.754' E102" 51.584'

Pages

Wednesday, February 11, 2015

PENYELENGGARAAN TAHUN 2015

Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalam makmal memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah rosak. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan buat masa sekarang boleh di isi dalam UTL dibawah.

 http://sts.moe.edu.my/


Dokumen yang diperlukan bagi permohonan penyelenggaraan.

1.Kewpa 312 ( 3 salinan depan belakang serta disahkan )
2.Kewpa 9 ( 3 salinan serta disahkan )
3.Kewpa 13
4.Kewpa 14 ( setelah siap penyelenggaraan )



Wednesday, May 02, 2012

<<< Selamat Hari Guru - 16 Mei >>>

PKG Bagan ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru Malaysia terutamanya mereka yang berada di zon PKG Bagan.

Dibawah ini ada link untuk download lagu hari guru dan juga objektif serta sejarah hari guru... Sila klik link di bawah ini...

Download Lagu Guru Malaysia & Obj/Sejarah Hari Guru... (klik saya)

Wednesday, March 07, 2012

Peristiwa Pendidikan 21/2011

Peristiwa Pendidikan 21/2011: Antara rangkuman berita yang terdapat di dalam rancangan ini ialah Program DIGI Cybersafe, Cyber Security Malaysia dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Pendidikan Khas 2009/2010 Peringkat Kebangsaan. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1324534211990992

Friday, March 02, 2012

Bahan EduWebTv

Soal Jawab Bahagian 1: Rancangan Soal Jawab yang disiarkan melalui TV3 membincangkan isu-isu berkaitan PPSMI. Tetamu jemputan ialah Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1321506800278139

Tuesday, July 26, 2011

Panduan Pengisian SSQS

Salam untuk semua.

Pengisian data SSQS bermula daripada 25 Julai hingga 14 Ogos 2011. Sebagai panduan pengisian bagi mencapai hasrat 5 bintang, disertakan link di bawah ini untuk dimuat turun panduan pengisian data SSQS




- sila klik gambar untuk download -

Friday, May 20, 2011

TAKLIMAT SSQS TAHUN 2011


Taklimat disampaikan oleh Tuah Haji Sarkawi Guru Besar Sk Peserai dan En Yahya PTP PKG Bagan.Taklimat dijalankan di Sk Peserai mulai jam 2 petang.Seramai 30 orang guru terlibat dengan taklimat SSQS tersebut.

Wednesday, June 02, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010






Sambutan Hari Guru Tahun 2010 di SMK Tun Sardon Rengit

Thursday, May 06, 2010

PAPAN INTERAKTIF SK PESERAI

Digunakan untuk pengajaran da pembelajaran.



Dengan menggunakan 4 pena tinta digital dan 1 penghapus digital, Smart Board ini memudahkan kita untuk melakukan pembahasan dari awal seperti pada whiteboard dan boleh disimpan ke dalam beberapa jenis file seperti laman web (html), gambar (png, jpeg, gif dan bmp), adobe reader/pdf, powerpoint dan notebook file.

Berikut adalah keutamaan bagi Smartboard :

  • Software yang boleh merakam selama presentasi (suara presenter dan data atau edit-an materi presentasi.
  • Kemampuan melakukan Press Conference.
  • Zoom Interaktif
  • Pengubah tulisan tangan menjadi tulisan teks pada komputer, Apabila ingin mengubah data bpleh dilakukan pada board/LCD tanpa perlu di PC/Laptop.
  • Mengubah tulisan tangan ke bentuk gambar, Apabila ingin melakukan approval/tandatangan langsung pada board tanpa harus mencetak dulu dokumennya.
  • Cropping system.

Memiliki galeri pendidikan dan multimedia interaktif:

  • Seni
  • Sastra dan Bahasa Inggris
  • Geografi
  • Sejarah
  • Matematika
  • Masyarakat dan Kebudayaan
  • Sains dan Teknologi
Terima Kasih...

Wednesday, April 21, 2010

Bengkel Pengurusan TV Pendidikan Web TV dan ASTRO


Bengkel tersebut telah diadakan pada 20 & 21 April 2010 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Bagan jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang Ianya akan dirasmikan oleh En Yahya Bin Sheikh Salleh Ketua Pusat Kegiatan Guru Bagan. Difahamkan kesudian En Yahya Bin Sheikh Salleh Ketua Pusat Kegiatan Guru Bagan Batu Pahat menunjukkan komitmen untuk menjayakan Bengkel Pengurusan TV dan ASTRO tersebut.








Bengkel dijalankan di PKG bagan

Thursday, April 15, 2010

CARTA ORGANISASI PKG BAGAN





EN YAHYA SEIKH SALLEH
PTP32EN RIDWAN BIN HJ JAMIAN
PTP29

PUAN PUZIAH BT MUSA
PT 17


Friday, March 05, 2010

Lawatan Ke Makmal SK Bagan

Seramai 15 orang guru ICT dari zon PKG Bagan telah melawat ke Makmal SK Bagn untuk menimba ilmu berkaitan dengan pemantauan makmal komputer sekolah....


En. Zul - Guru Penyelaras Bestari SK Bagan





Thursday, March 04, 2010

Kursus Guru Penyelaras Bestari/ICT







Kursus tersebut telah dijalankan pada hari Khamis, 04.03.2010. Peserta-peserta terdiri daripada guru-guru penyelaras bestari dan guru-guru ICT dari zon pkg bagan.


UTHM Official Website
UTHM Official Website
UTHM Official Website

Friday, February 08, 2008

Projek WiFi Sekolah Ahli PKG Bagan

Pihak PKG Bagan didalam proses memberi dan mengkongfigurasi rangkai komputer tanpa wayar kepada seluruh sekolah ahli. Setiap sekolah akan menerima sebuah router wireless dan dijangkakan pada penghujung bulan Mac seluruh sekolah ahli akan menerimanya

Matlamat kami untuk memastikan setiap sekolah di dalam zon PKG Bagan mempunyai WiFi dan guru-guru dapat melayari internet menggunakan notebook PPSMI dengan berbantukan rangkaian komputer tanpa wayar disokong oleh router wireless yang dibekalkan oleh PKG. Guru juga dapat bertukar dan berkongsi fail melalui dengan cara yang lebih mudah lagi dan juga guru-guru berpeluang mencari maklumat pendidikan bahan bantu mengajar melalui portal-portal pendidikan yang banyak terdapat di internet.

UPDATE 10.04.2008:

Kesemua 15 buah sekolah ahli PKG Bagan telah siap dipasang router wireless dan dikonfigurasikan untuk rangkaian komputer tanpa wayar.


...

Wednesday, January 16, 2008

Penilaian Dan Anugerah Tokoh NILAM Daerah Batu Pahat 2008

Akan dilaksanakan pada 14 Febuari 2008 di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Penilaian kepada calon-calon Tokoh NILAM akan dijalankan disebelah pagi dan Majlis Penganugerahan Tokoh NILAM untuk sekolah rendah dan menengah akan diadakan pada sebelah petang dan akan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat.